Teknik Penceritaan
Apakah teknik penceritaan pula? Tidak samakah dengan teknik plot? Jawapannya, tidak sama. Teknik penceritaan ialah cara atau kaedah penulis menyampaikan cerita yang sudah dilakarkan dalam plot. Pelbagai teknik penceritaan boleh digunakan, sebagai contoh teknik naratif, teknik monolog (dalaman/luaran), teknik dialog, teknik imbas kembali, teknik imbas muka dan teknik-teknik lain.
Lihat contoh berikut:
Teknik naratif:
Wajah Cik Hodoh kelat memandang Encik Hensem yang begitu selamba berlalu pergi. Sedikit pun lelaki itu tidak menunjukkan kekesalan kerana sudah menjatuhkan kek hari jadi yang dibeli oleh Cik Hodoh.
Teknik dialog:
“Lain kali mata pandang ke depan. Bukan ke langit. Nak kata juling, elok pulak. Nak kata buta, jalan tak pakai tongkat!” tempelak Cik Hodoh, marah.
“Amboi…garangnya! Sudahlah muka tak lawa. Mulut macam murai pula!” balas Encik Hensem, tak mahu mengalah.
TEKNIK PLOT
Apa itu teknik plot? Plot ialah jalinan/jalan cerita atau babak demi babak yang hendak disampaikan oleh penulis. Contohnya:
Plot 1: Encik Hensem terlanggar Cik Hodoh di kedai kek. Kedua-dua mereka bergaduh.
Plot 2: Sekali lagi Encik Hensem berjumpa Cik Hodoh di pejabat. Mereka masih lagi bergaduh.
Dan seterusnya sehingga sampai klimaks/konflik dan peleraian.
Plot membantu penulis memetakan perjalanan cerita mereka. Plot penting supaya idea penulisan dapat dikekalkan dan tidak hilang. Plot dapat memastikan penulisan tidak melompat-lompat atau berubah-ubah.
Nota: Untuk pertanyaan mengenai penulisan artikel | penyuntingan | penterjemahan, sila emel ke izzaproedit@gmail.com.
0 Comments Add a Comment?